Iskandar Waterfront City Berhad

IWH derma RM16 juta untuk SJK (C) Pei Hwa 2 di Johor

JOHOR BAHRU: Kumpulan Iskandar Waterfront City Berhad (IWCB) memberi sumbangan tanah bagi membangunkan SJK (C) Pei Hwa 2 disamping membiayai kos infrastruktur untuk sekolah tersebut.

Tanah seluas 1.62 hektar (4-ekar) bernilai RM8.7 juta ini terletak di Mukim Plentong bersebelahan Sungai Plentong di Permas Jaya.

IWH juga memberikan sumbangan sebanyak RM7.2 juta untuk kerja-kerja penembusan semula tanah dan kemudahan infrstruktur seperti jalan sepangang 1km sistem perparitan yang sempurna dan lain-lain keperluan asas untuk kemudahan sekolah tersebut.

Wakil Kumpulan IWH Datuk Ayub Mion telah menyerahkan surat hak milik tanah dan akur janji untuk membiayai kos infrastruktur kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin di tapak projek semasa majlis pecah tanah untuk SJK (C) Pei Hwa 2 pada 4hb April 2013.

“Kami terbesar hati memberikan sumbangan ini kepada masyarakat do Mukim Plentong melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat kami”, kata IWH Naib Pengerusi Eksekutif Tan Sri Lim Kang Hoo.

Kumpulan IWH telah berjanji untuk memberikan tanah untuk pembangunan projek sekolah ini dalam tahun 2008 semasa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi Menteri Pelajaram Malaysia.